SIMPAN FAIL DALAM DROPBOX
Saturday, December 24th, 2011 | Author: anuar2u

Dokumen Word, Powerpoint dan Excel begitu sinonim dengan guru.  Setiap hari rutin seorang guru tidak boleh dipisahkan daripada kerja-kerja yang berkaitan dengan pelbagai jenis dokumen. Namun yang menjadi masalah ialah kaedah penyimpanan yang cekap. Buat kerja sekolah dalam PC di rumah,  bila nak print kat sekolah failnya tertinggal pulak! Satu cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan Dropbox. Dropbox merupakan medium perkongsian fail secara online yang mudah untuk diakses pada bila-bila masa dan di mana jua. Ia disediakan secara percuma dengan ruang simpanan sebanyak 2 GB!

Kelebihan DROPBOX :

Capaian Fail Di Mana Sahaja Secara Online

Perkongsian Fail Dengan Sesiapa Sahaja

Diintegrasikan dengan iPad/iPhone/BB/Android

Dokumen disimpan serentak dalam MyDocument & Internet

MEMANG MEMUDAHKAN !!

DOWNLOAD / INSTALL / BUKA AKAUN / BOLEH GUNA..!!

DROPBOX.COM


KITAB ONLINE
Wednesday, November 23rd, 2011 | Author: anuar2u

Ingin mencari himpunan kitab-kitab secara online? Anda boleh lihat kandungan kitab suci Al-Quran, Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan banyak lagi dengan melayari laman web di bawah. Ianya lengkap dengan terjemahan dan amat memudahkan pencarian. Terima kasih kepada pihak yang telah membangunkan perisian PERCUMA ini. Semoga usaha anda diberkati..!

Klik di sini : http://lidwa.com/app/

Hasil Video PnP Guna WMM
Saturday, August 20th, 2011 | Author: anuar2u

Windows Movie Maker merupakan perisian untuk menyunting audio video yang asas dan mudah tetapi menarik. Perisian ini boleh dikendalikan oleh sesiapa sahaja walaupun tiada asas kemahiran menyunting video. Pelajar-pelajar juga boleh dilatih menggunakan perisian percuma ini yang disertakan di dalam sistem operasi Windows XP dan Vista . Jika ingin perisian yang lebih tinggi, boleh gunakan Ulead Video Studio dan Sony Vegas. Pelbagai video untuk PnP yang menarik boleh dihasilkan dengan Windows Movie Maker. Mungkin anda boleh mula mencubanya melalui panduan tutorial di bawah.

Selamat Mencuba..!

Category: perisian percuma  | 2 Comments
Papar, Edit Dan Resize Gambar
Sunday, June 26th, 2011 | Author: anuar2u

FastStone merupakan perisian PERCUMA yang amat membantu untuk menguruskan gambar-gambar dalam PC anda. Pelbagai kegunaan boleh anda perolehi daripada perisian ini : image viewing, management, comparison, red-eye removal, emailing, resizing, cropping, color adjustments, musical slideshow dan banyak lagi..

FastStone Photo Resizer pula digunakan untuk mengubah saiz gambar dalam jumlah yang banyak secara serentak. Saiz yang sesuai untuk paparan di dalam Powerpoint, Facebook dan sebagainya ialah 800 x 600 kerana ia ringan dan bersaiz kecil. Ia perisian wajib bagi PC/Laptop saya. Selamat mencuba !

Download di sini : http://www.faststone.org/

Category: perisian percuma  | One Comment
Muat Turun Video Dari Youtube
Sunday, June 26th, 2011 | Author: anuar2u

Bagaimana nak download video daripada Youtube , Facebook atau dari mana-mana laman video? Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan. Salah satu perisian yang mudah dan cepat ialah Realplayer.  Selain memuat turun video, format video juga boleh ditukar kepada pelbagai format lain : mpeg1, avi, mp3 dan banyak lagi. Hanya sekali klik, semuanya selesai. Format asal dari internet ialah flv. Ia mesti ditukar ke format mpeg sebelum dimasukkan ke dalam Powerpoint .  Proses pemasangan perisian memerlukan sambungan ke internet. Pilih Realplayer Basic yang ditawarkan secara percuma. Setelah selesai, pop up “Download This Video” akan terpapar di sebelah atas paparan video. Semua video akan disimpan dalam My Video. Selamat mencuba !

Download di sini : http://my.real.com/

Docx(2007) ke Doc(2003)
Wednesday, June 22nd, 2011 | Author: anuar2u

Format dokumen MS Office 2007 yang mempunyai extension docx selalunya menimbulkan masalah kepada kebanyakan pengguna MS Office 2003 kerana fail docx tidak boleh dibuka menggunakan Office 2003. Maka penyelesaiannya ialah sama ada dokumen dalam Office 2007 perlu di “save as”kan ke 2003 atau dapatkan khidmat converter online. Pelabagi converter online tersedia di internet. Salah satunya yang dicadangkan adalah menggunakan website di bawah. Anda hanya perlu upload fail dan fail akan ditukarkan format docx ke doc. Cukup mudah dan pantas.

Laman webnya klik di sini : http://www.doc.investintech.com/

Anda juga boleh memuat turun perisian FileFormatConverters daripada laman web Microsoft sendiri untuk membuka semua format Office 2007 : Word, Excel dan Powerpoint. Setiap kali anda hendak membuka fail Office 2007, maka perisian ini secara automatik akan menukarkannya ke format 2003. Lebih mudah, cepat dan install sekali sahaja.

Download di sini :  FileFormatConverters.exe

 

Tukar Tulisan Rumi Ke Jawi
Wednesday, June 22nd, 2011 | Author: anuar2u

ejawi.net merupakan satu laman web khas yang dihasilkan untuk pencinta tulisan jawi.  Anda yang hendak menukarkan tulisan rumi ke tulisan jawi boleh menggunakan khidmat ejawi.net dengan mudah dan cepat. Amat disyorkan kepada para guru khususnya GPI untuk mengajar dan sebagainya.

Link Web : ejawi.net

Link Tukar Tulisan : ejawi.net

Category: aplikasi online  | One Comment
Bina Peta Minda Guna XMind
Monday, June 20th, 2011 | Author: anuar2u

XMind merupakan satu perisian untuk menghasilkan Peta Minda dengan mudah dan cepat. Dan yang lebih penting ianya PERCUMA. Pelbagai topik boleh dibuat dalam bentuk Peta Minda yang menarik dan boleh dicetak. Guru juga boleh melatih pelajar untuk mengunakan perisian ini. Selamat mencuba!!

Download di sini : XMind.net

Contoh Peta Minda :

 

Eclipscrossword Bina Teka Silangkata
Saturday, June 18th, 2011 | Author: anuar2u

Satu lagi perisian untuk membina teka silangkata PERCUMA ialah EclipseCrossword. Perisian ini mudah digunakan dan boleh dicetak atau dipaparkan secara online di dalam blog atau laman web. Ianya amat sesuai untuk memantapkan ingatan dan pemahaman pelajar bagi soalan yang berbentuk fakta. Mesti cuba tau..!!

Download di sini : Eclipscrossword

Contoh paparan online : Peminangan

 

Hot Potatoes Cipta Soalan Interaktif
Saturday, June 18th, 2011 | Author: anuar2u

Apa dia HOT POTATOES ni ? Ia adalah sebuah perisian PERCUMA yang digunakan untuk membina soalan dalam pelbagai bentuk: Kuiz, isi tempat kosong, soalan objektif, dan teka silangkata. Ianya boleh digunakan oleh guru2 dalam proses P&P nanti sama ada secara bercetak atau online, kira macam soalan interaktif la. Memang seronok..

Download di sini : Hot Potatoes v6

Contoh : Teka Silangkata / Soalan Objektif

Category: perisian percuma  | 2 Comments